LAPORAN EKSPEDISI DAN GAMBAR KENANGAN
Pengenalan
- Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Ia merupakan gunung ke 6 yang paling sukar didaki di negara kita ini.
- Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
- Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
- Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor dan Melaka.
- Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.
Rentetan perjalanan ke Gunung Ledang
- Pada 23 Mac 2013 kami berkumpul di sekolah. Pada waktu ini kami dibekalkan dengan sedikit alas perut iaitu roti , air kotak & air mineral. Kami berbual-bual panjang dan rasanya tidak sabar untuk ke Gunung Ledang. Setelah masuk waktu subuh kami bersama-sama secara kumpulan untuk bersembahyang di surau. Ibu & bapa kami juga turut serta untuk solat subuh.
- Jam 6.40 pagi kami mula bertolak ke Gunung Ledang melalui lebuhraya, manakala cikgu Mizy menaiki kereta bersama keluarganya.
- Cikgu Mizy terlebih dahulu sampai ke Sagil iaitu jam 8.00 pagi & terus melaporkan kehadiran ke Gunung Ledang di Balai Polis Sagil.
- Kami pula sampai ke kaki Gunung Ledang jam 9.00 pagi.
Persediaan pendakian.
- Cikgu Mizy membuat pendaftaran dengan 43 orang peserta akan menjalankan aktiviti pendakian.
- Kami semua bersarapan dengan nasi lemak & mee goreng beserta air teh. Kami juga telah dibekalkan makanan tengah hari iaitu nasi, buah epal serta 2 botol air mineral yang akan kami bawa semasa pendakian.
- Selepas itu kami telah diberi taklimat keselamatan oleh pegawai ranjer. Pada masa ini kami telah dipecahkan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai pegawai renjer sebagai penunjuk arah.
Permulaan pendakian
- Lebih kurang jam 10.00 pagi kami memulakan langkah pendakian dengan penuh bersemangat sekali.
- Laluan pertama ini telah menguji daya tahan kami kerana kami terpaksa melalui hampir 700 anak tangga simen. Bagaimanapun kami gagahi juga demi mencapai cita-cita kami untuk menawan puncak gunung ledang.
- Kami Berjaya sampai ke Chek point 1 iaitu Bukit Semput. Memang semput dibuatnya untuk kami sampai di sini. Sekitar sini dikelilingi oleh pokok yang menghijau. Menurut pegawai renjer, di sekitar gunung ledang terdapat pelbagai sepsis flora & fauna.
- Kami teruskan perjalanan sehingga ke chek point 2 iaitu Batu Orkid / Batu Julang. Di sini terdapat batu besar yang tinggi menjulang. Kami melaluinya secara berhati-hati.
- Perjalanan diteruskan sehingga chek point 3 iaitu Laluan Kijang. Nama Laluan Kijang ini mungkin disebabkan laluannya agak sempit dengan akar-akar yang banyak disini.
- Di perjalanan, kami telah menemui simpang chek point 4 iaitu Kolam Gajah & chek point 5 iaitu kem Segi Tiga. Kami menyusuri Kem Segi Tiga & telah Berjaya sampai jam 2.00 petang.
- Di sini kami berehat selama 30 minit untuk solat & makan tengahari. Syukur Alhamdulillah ringanlah sedikit beg kami. Kami mengambil peluang untuk bermain air di anak sungai yang sejuk & menyegarkan ini. Kami juga menambahkan botol minuman kami dengan air sungai ini. Ia terasa amat menyegarkan. Maklumlah air gunung katakan.
- Di sepanjang perjalanan ini kami ditemani oleh abang-abang askar yang sedang menjalani latihan. Merekalah yang memberikan semangat kepada kami untuk sampai ke puncak.
- Kami teruskan perjalanan sehingga ke chek point 6 iaitu Gua kambing.
- Rasanya tak nampak pun macam bentuk kambing, namun kami daki juga sepertimana abang-abang askar itu lakukan.
Alangkah damainya apabila kami sampai di chek point 7 iaitu Bukit Bongsai. Cantik sungguh pemandangan disini.
Bersih & damai sekali.Pada waktu ini telah mula terasa kesejukkan ditiup angin yang agak kuat.
- Perjalanan kami telah hampier ke puncak. Keadaan masa ini sangat mendebarkan kerana kami terpaksa mendaki hamparan batu yang tinggi dengan menggunakan tangga & tali. Pegawai ranjer sentiasa mengingatkan kami agar berhati – hati. Sebenarnya sejak chek point 6 lagi , pendakian agak sukar kerana banyak bukit berbatu dan curam yang perlu didaki.
- Alhamdulillah kami Berjaya sampai ke puncak pada pukul 4.30 petang. Di sini kami mengambil peluang untuk menghirup udara segar sambil mengambil gambar. Indah & nyaman sekali. Terpancar wajah keriangan kerana berjaya sampai ke puncak. Hilang rasa penat dek kerana terlalu gembira.
- Tepat jam 6.00 petang kami mula turun untuk balik ke penginapan.
- Kumpulan pertama yang sampai ke penginapan adalah Muhammad Fashah (anak cikgu Mizy) ,Megat Shahrul Ezlan ,Zaki dan Arif Iskandar. Mereka sampai jam 8.00 malam
- Kumpulan ke dua (kumpulan ramai) telah sampai jam 9.20 malam. Manakala kumpulan ke tiga sampai jam 11.00 malam (Farah, Ester, Eza dan seorang bapa pengiring)
- Cikgu Mizy & isteri serta anaknya Muhammad Fuzaimy serta Fatin Nursyakira paling lambat sampai iaitu jam 3.30 pagi
- Menurut cikgu mizy , mereka sampai ke puncak jam 6.00 petang . Mereka berehan seketika & bergambar kemudian terus turun ke bawah dengan panduan perjalanan yang diberikan oleh seorang pegawai tenteraa yang sedang menjalani latihan. Semua pasukan tentera akan turun melalui Asahan & berlainan arah dengan laluan cikgu Mizy.
Semasa menuruni gunung ledang iaitu di kawasan anak sungai kedua didapati tanda penunjuk arah tiada menyebabkan mereka berehat sebentar. Terutamanya untuk menambahkan bekalan air minuman. Pada waktu itu menunjukkan jam 9.00 malam.
- Perjalanan waktu malam sangat mengujakan, terdapat banyak kelip-kelip yang menerangi malam,bunyi cengkerik dan sebagainya.
- Anak-anak cikgu Mizy keletihan dan lapar menyebabkan mereka berhenti seketika di Kem Segi Tiga pada pukul 11.00 malam. Cikgu Mizy menghidupkan unggun api bagi memanaskan badan & untuk tujuan keselamatan. Isteri & anak-anak cikgu mizy tertidur sehingga Jam 2.00 pagi. Sementara itu cikgu Mizy mohon bantuan untuk menghantar makanan dan membantu membawa mereka turun ke bawah . Ini disebabkan isteri cikgu Mizy mengalami sedikit kecederaan.
- Lima orang renjer bantuan telah sampai jam 2.00 pagi. Selesai makan mereka turun ke bawah & sampai tepat jam 3.30 pagi
Perjalanan pulang ke sekolah
- Pada 24 mac 2013 kami bersarapan jam 8.00 pagi . Selepas itu kami berehat & bersantai di sekitar kaki gunung.
- Tidak banyak aktiviti yang kami lakukan pada pagi tersebut kerana masih lagi terasa keletihan.
- Jam 12.00 tengahari kamu mula bergerak meninggalkan Gunung Ledang untuk balik ke rumah.
- Kami berhenti untuk makan tengahari di R&R Air Keruh. (restoran jejantas).
- Akhirnya kami selamat sampai di sekolah jam 4.00 petang.
- Sesungguhnya pendakian kami ini sungguh mengujakan dan mencabar daya tahan kami. Inilah pengalaman yang sukar untuk kami lupakan.