Friday, 30 August 2013
Tuesday, 27 August 2013
FROG VLE SMK BUKIT JALIL
Cara Mendapatkan user ID Yes dan Password Frog VLE untuk Ibu bapa
Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SMK BUKIT JALIL. Untuk pengetahuan semua, SMK BUKIT JALIL sedang membangunkan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG atas kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan YTL. Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pembelajaran ini. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar sedang dan akan diberikan kursus berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menyiapkan tugasan di rumah.
Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan USER ID dan PASSWORD dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
1. Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik ke 1Bestarinet
2. Klik pada Find your 1Bestarinet ID
3. Sila masukkan NO KP dan NAMA PENUH pada ruangan yang disediakan. Klik Search. Jika nama anda terdapat dalam senarai, maka Nama, No KP, No telefon dan YES ID akan dipaparkan. Sila ukuti arahan seterusnya iaitu dengan memasukkan alamat emel dan no telefon yang sebenar. Kemudian klik UPDATE. Password anda akan diberikan secara serta merta ke telefon bimbit anda.
2. Klik pada Find your 1Bestarinet ID
3. Sila masukkan NO KP dan NAMA PENUH pada ruangan yang disediakan. Klik Search. Jika nama anda terdapat dalam senarai, maka Nama, No KP, No telefon dan YES ID akan dipaparkan. Sila ukuti arahan seterusnya iaitu dengan memasukkan alamat emel dan no telefon yang sebenar. Kemudian klik UPDATE. Password anda akan diberikan secara serta merta ke telefon bimbit anda.
4. Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestrinet VLE Frog SMK BUKIT JALIL , sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini
5. Masukkan YES ID dan PASSWORD anda. Kemudian Log In
APAKAH 1BESTARINET DAN FROG VLE ?
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.
Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.
Kebanyakan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan banyak masa diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses maklumat sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar melalui frog VLE. Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat belajar dalam kalangan generasi muda ini.
Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk:
- Mengakses platform frog VLE
- Mengakses emel peribadi Yes
- Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.
Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di mana jua.
Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas:
I-THINK
PROGRAM I-THINK
Pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) tahun 2007 adalah pada tahap 20 bagi Matematik dan 21 bagi Sains dalam kalangan 49 negara. Manakala laporan Program for International Student Assessment(PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam kedudukan 57 bagi Matematik, 55 bagi Sains dan 52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara.Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Centruy Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.
Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) telah mula diperkenalkan pada tahun 1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan guru kurang kemahiran aras tinggi di dalam pengajran dan pembelajaran mereka. Pengajaran guru banyak berpusatkan guru dan menjuruskan persediaan peperikasaan. Dengan itu dapatan ini memberi kesan kepada usaha KPM untuk menghasilkan modal insan yang keratif dan berinovatif serta dapat menghadapi cabaran kemahiran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang berkebolehan berfikiran aras tinggi.
Pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.
Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.
Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.
Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK.
Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir yang mampu menyesuaikan diri dan menangani cabaran global.
Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir yang mampu menyesuaikan diri dan menangani cabaran global.
Saturday, 24 August 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)