widgets

Monday, 30 September 2013

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN SEMASA PEPERIKSAAN PMR 2013


Kepada
Ibu bapa / Penjaga Murid
SMK Bukit Jalil
Kuala Lumpur


Tuan/Puan,

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN SEMASA PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2013
(02 – 09 OKTOBER 2013)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berikut merupakan tarikh dan aktiviti untuk makluman ibu bapa / penjaga:

Bil
Tarikh
Kelas Hadir
Kelas Yang Direhatkan 

1

02.10.2013
(Rabu)
Tingkatan 5 (Gerak Gempur SPM)
Tingkatan 3 (PMR)
Tingkatan 4B, 4C, 4D, 4H
(PdP Seperti Biasa)
Semua Tingkatan 1
Semua Tingkatan 2
Peralihan
Tingkatan 4G, 4J, 4M

2

03.10.2013
(Khamis)
Tingkatan 5 (Gerak Gempur SPM)
Tingkatan 3 (PMR)
Tingkatan 2B, 2C, 2D, 2H, 
(PdP Seperti Biasa)
Semua Tingkatan 1
Semua Tingkatan 4
Peralihan
Tingkatan 2G, 2J, 2K

3

04.10.2013
(Jumaat)
Tingkatan 5 (Gerak Gempur SPM)
Tingkatan 4B, 4C, 4D, 4G, 
Tingkatan 2B, 2C, 2K
Tingkatan 1B, 1C, 1D, 
Peralihan
(PdP Seperti Biasa)
Semua Tingkatan 3
Tingkatan 4H, 4J, 4M
Tingkatan 2D, 2G, 2H, 2J
Tingkatan 1H, 1J, 1K, 1G

4

07.10.2013
(Isnin)
Tingkatan 5 (Gerak Gempur SPM)
Tingkatan 3 (PMR)
Tingkatan 1B, 1C, 1D, 1H
(PdP Seperti Biasa)
Semua Tingkatan 2
Semua Tingkatan 4
Peralihan 
Tingkatan 1J, 1K, 1G

5

08.10.2013
(Selasa)
Tingkatan 5 (Gerak Gempur SPM)
Tingkatan 3 (PMR)
Tingkatan 1J, 1G, 1K, 2K
(PdP Seperti Biasa)
Semua Tingkatan 2
Semua Tingkatan 4
Peralihan 
Tingkatan 1B, 1C, 1D, 1H

6

09.10.2013
(Rabu)
Tingkatan 5 (Gerak Gempur SPM)
Tingkatan 3 (PMR)
Tingkatan 4G, 4J, 4M
Tingkatan 2J, 2G
(PdP Seperti Biasa)
Semua Tingkatan 1
Peralihan
Tingkatn 4B, 4C, 4D, 4H
Tingkatan 2B, 2C, 2D, 2K, 2H

3. Diharap ibu bapa / penjaga dapat memberi kerjasama untuk memastikan murid hadir ke sekolah atau mengulangkaji di rumah.  Sehubungan dengan itu juga, di harap ibu bapa / penjaga dapat ,mendoakan kejayaan cemerlang bagi murid-murid PMR 2013

Sekian, terima kasih.


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,



…………………………………………
(HABSHAH BINTI ABDUL KUDUS)
Pengetua 
SMK Bukit Jalil
Kuala Lumpur


s.k.  1. Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPNWP
        2. Unit Menengah, PPD Bangsar/Pudu

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-35


Perhimpunan pada pagi ini berjalan lancar dan dimulakan dengan acara nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu wilayah persekutuan

Seterusnya pengawas yang bertugas membacakan doa bagi memberkati majlis perhimpunan pagi pada hari ini

Tristan Lim, selaku ketua pengawas membacakan ikrar  sekolah dan ikrar pelajar

Para pelajar sedang membaca ikrar pelajar 

En Fadly selaku guru bertugas pada minggu lepas memberikan ucapan dan membuat teguran mengenai
- pelajar yang menyalahgunakan alat pemadam api
- Murid tidak membuang sampah kedalam tong sampah yang disediakan semasa waktu rehat

Kelas terbersih menengah bawah - Tingkatan 3C, hadiah disampaikan oleh guru kelas iaitu Pn Noraida
Pemenang kelas terbersih kategori menengah atas- tingkatan 5B, hadiah disampaikan oleh guru kelas iaitu pn Siti Adibah 
Ucapan guru bertugas pada minggu ini- En Firdaus
- Bermulanya minggu peperiksaan PMR iaitu pada 2 oktober 2013 iaitu rabu ini
- Pelajar diberikan tips sebelum, semasa dan selepas menduduki peperiksaan PMR kepada pelajar-pelajar
- Pelajar tingkatan 5, 4, 2 dan 1 dilarang memakai pakaian PJK semasa peperiksaan PMR berlangsung

Pn Noraida selaku Setiausaha peperiksaan PMR memberikan taklimat ringkas kepada calon PMR dan pelajar tingkatan 5 dan 2K yang kelasnya digunakan sebagai lokasi peperiksaan PMR 

Program megah bicara Bahasa Melayu dijayakan oleh pelajar tingkatan 2C yang turut berkongsi maklumat mengenai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

majlis disempurnakan dengan ucapan oleh PK HEM iaitu PN Hoo Lai Lai yang menegur pelajar mengenai disiplin pelajar sepanjang tahun


Wednesday, 25 September 2013

FROG VLE-SMK BUKIT JALIL ( PANDUAN KEPADA IBUBAPA MENDAPATKAN YES ID)


Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SMK BUKIT JALIL Untuk pengetahuan semua. SMKBJ sedang membangunkan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINETVLE FROG atas kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan YTL.  Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar sedang dan akan diberikan kursus berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menyiapkan tugasan di rumah.Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan  USER ID dan PASSWORD dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

KEPADA SEMUA GURU DAN IBUBAPA : SILA KLIK URL DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN ID FROG VLE ANDA DAN MENGAKTIFKANNYA

https://www.yes.my/activation/loadMOEActivation.do?lang=en

CARA MENDAPATKAN YES ID

1. Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik ke 1Bestarinet

2. Klik pada Find your 1Bestarinet ID


3. Sila masukkan NO KP dan NAMA PENUH pada ruangan yang disediakan. Klik Search. Jika nama anda terdapat dalam senarai, maka Nama, No KP, No telefon dan YES ID akan dipaparkan. Sila ukuti arahan seterusnya iaitu dengan memasukkan alamat emel dan no telefon yang sebenar. Kemudian klik UPDATE. Password anda akan diberikan secara serta merta ke telefon bimbit anda.
4. Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestrinet VLE Frog SMKBJ, sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini
5. Masukkan YES ID dan PASSWORD anda. Kemudian Log In





FROG VLE-PEMBELAJARAN SECARA MAYA


MAJLIS PENGHARGAAN BAGI PELAJAR YANG MENDAPAT MARKAH TERTINGGI DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR SUBJEK BAHASA MELAYU











Tuesday, 24 September 2013

MAJLIS PENGHARGAAN PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2013

Majlis ini diadakan khas bagi menghargai usaha pelajar yang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam peperiksaan percubaan PMR yang lalu. Seramai 154 orang pelajar yang diberi penghargaan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah  akan sentiasa memberikan sokongan dan motivasi agar semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR akan akan bermula pada 2 oktober 2013.

Pn Noraida selaku pengacara majlis 
Pengetua sedang menyampaikan anugerah kepada pelajar






















Monday, 23 September 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-34

Perhimpunan rasmi pada minggu ini berjalan seperti biasa dan lancar dengan kerjasama semua warga SMK Bukit Jalil. 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu oleh warga sekolah


Bacaan doa oleh pengawas yang bertugas

Pengawas yang bertugas untuk mengendalikan majlis perhimpunan rasmi



Guru bertugas pada minggu lepas sedang menyampaian laporan , teguran diberikan mengenai tahap kebersihan kelas dan disiplin pelajar

Kelas terbersih menengah bawah: tingkatan 3C

Kelas terbersih menengah atas : tingkatan 4D

Guru bertugas pada minggu ini, Pn Rosemawati sedang  berkongsi ilmu mengenai teknik mengulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan 


En Fadly mengumumkan yang pasukan futsal sekolah telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan futsal piala timbalan perdana menteri..tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima medal dan sijil dibawah











Pn Maznah, PK Tadbir dan Kurikulum mengingatkan pelajar dan warga sekolah mengenai Amalan berdoa dan Solat.