widgets

Monday, 21 January 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-4

Pada minggu ini, perhimpunan rasmi dijalankan seperti biasa dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan juga Lagu Sekolah. Seterusnya diikuti dengan bacaan ikrar dan bacaan doa oleh pengawas yangbertugas. Pengawas bertugas kemudian menjemput guru bertugas pada minggu lepas iaitu puan Nur Azlin untuk memberikan laporan sepanjang tempoh beliau bertugas. Puan Nur Azlin mengingatkan pelajar supaya menceriakan kelas dan menjaga kebersihan kelas sepanjang masa. Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan ucapan dari guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Puan Nik Apizah Bt Daud.

Perhimpunan pada minggu ini disempurnakan oleh ucapan pengetua SMKBJ iaitu Puan Hajah Habshah Bt Abdul Kudus. Pengetua mengingatkan para pelajar tentang pentingnya sarapan pagi dan juga perkongsian ilmu mengenai  SISTEM PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH iaitu bagaimana sesebuah sekolah digredkan. Sekolah digredkan melalui:

1) PEPERIKSAAN AWAM - Dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan. Contohnya peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dinilai melalui Gred Purata Sekolah. Semakin kecil gred purata semakin baik.

2) STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ( SKPM) - Diarahkan oleh Jemaah Nazir. Penilaian secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang terdapat disekolah. Keputusan mengikut Band.

3)  SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) - Di jalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan yang menilai aspek penggunaan ICT disekolah. 
           

Pengawas bertugas pada minggu ini memberikan arahan kepada para pelajar

Ketua dan Penolong Ketua Pengawas SMKBJ 2013

Laporan dari guru bertugas pada minggu lepas Pn Nur Azlin

Barisan Pentadbir SMKBJ 2013

Pelajar memberikan perhatian kepada  ucapan guru

Barisan guru SMKBJ 

Guru Bertugas pada minggu ini Puan Nik Apizah

Pelajar mencatat pengumuman yang diberikan oleh para guru



Ucapan dari Pengetua SMKBJ


Setelah perhimpunan rasmi berakhir, guru-guru kelas diminta untuk menyemak kekemasan diri pelajar
oleh Pn Hoo Lai Lai



Para guru memastikan pelajar berpakaian mengikut disiplin

Add caption




Pengawas bertugas menulis nama pelajar yang melakukan kesalahan disiplin