Pada 30 Januari yang lepas SMKBJ telah menganjurkan satu bengkel khas kepada guru-guru bagi mendedahkan guru-guru dengan pembelajaran Maya yang dikenali sebagai " VLE-FROG". Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pn Nik Kartini dan Pn Nik Nur Apizah serta dibantu oleh pelajar-pelajar dari tingkatan 4 bestari. Semoga bengkel ini akan memberi manafaat kepada semua pihak ke arah menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran di SMKBJ lebih kreatif dan inovatif.