widgets

Friday, 25 October 2013

FROG VLE-PANDUAN KEPADA IBUBAPA DAN GURU


PENGENALAN
 
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
 
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
 
 
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
 
APAKAH VLE?
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secaravirtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet. 
Sila saksikan paparan video ini untuk lebih memahami secara ringkas tentang Frog VLE

VIDEO MENGENAI FROG VLE
 
Sila klik PANDUAN GURU untuk membaca dan memahami mengenai Frog VLE.  Panduan ini juga amat berguna untuk ibu bapa atau penjaga murid-murid SKB dalam usaha membantu anak-anak menggunakan Frog VLE ini di rumah . ID Frog VLE untuk semua murid SKB telah akan diedarkan sebelum bulan April. Dan panduan untuk murid mengakses serta login telah pun dimuat naik .
 
Banyak video/panduan yang telah dibuat untuk memberi lebih kefahaman kepada warga pendidik, murid-murid dan juga ibu bapa/penjaga.  Maklumat dihujung jari ini perlu dipelajari dan digunakan agar segala maklumat berguna yang disediakan dapat diaplikasikan sebaik mungkin untuk impak pendidikan yang berkesan.
VIDEO UNTUK GURU 1
VIDEO UNTUK GURU 2
VIDEO UNTUK GURU 3
VIDEO UNTUK GURU 4