widgets

Thursday 26 December 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS ORIENTASI TINGKATAN 1




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL
JALAN 3/155 A, BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY RESORT
57000 KUALA LUMPUR
TEL : 03-89963191 FAKS : 03-89963305


Rujukan Kami : SMKBJ 02/05/011 (6)
Tarikh : 1hb November 2013

Kepada Ibu Bapa/Penjaga
Pelajar Tingkatan 1/Peralihan

Tuan/Puan,

MAJLIS ORIENTASI TINGKATAN 1/PERALIHAN 2014

Kami mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru tingkatan 1 dan Peralihan 2014 ke SMK Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

2. Berikut dilampirkan beberapa garis panduan dan maklumat yang diharapkan dapat membantu phak tuan/puan menguruskan kemasukan anak/jagaan tuan/puan ke sekolah ini.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Orentasi dan taklimat khas seperti yang berikut:

Tarikh :    31 Disember 2013
Masa :    8.00 pagi  -  12.00 tengahari
Tempat         :    Dewan Terbuka SMK Bukit Jalil

4. Segala borang maklumat pelajar yang dilampirkan hendaklah diisi lengkap dan diserahkan kepada guru tingkatan pada Hari Orientasi berlangsung.

5. Pihak tuan/puan juga digalakkan untuk membeli barangan keperluan sekolah di kedai buku dan koperasi pada hari-hari sebelum Hari Orientasi

6. Para pelajar dan ibu bapa/penjaga DIWAJIBKAN HADIR ke Majlis Orientasi tersebut untuk mengetahui dengan lebih dekat visi dan misi sekolah.

7. Semua pelajar diwajibkan berpakaian seragam sekolah yang lengkap pada hari tersebut.

8. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………….
HABSHAH BINTI ABDUL KUDUS
PENGETUA




MAJLIS ORIENTASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1/PERALIHAN 2014



TARIKH : 31.12.2013 (Selasa)

MASA : 8.00  pagi     -    12.00 tengahari

TEMPAT : Dataran Terbuka SMK Bukit Jalil, Kuala Lumpur


ATURCARA
8.00      –      8.30 pagi -Pendaftaran

8.30 -       10.00 pagi - Doa
       - Lagu NegaraKu
  • Ucapan Pengetua
  • Ucapan Yang Dipertua PIBG
  •       Taklimat Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
  • Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
  • Taklimat Penolong Kanan Ko-Kurikulum


10.00 -      12.00tgh - Kutipan Borang dan Urusan Pelbagai Kelas

12.00 tgh - Bersurai


















Thursday 14 November 2013

VLE-FROG UNTUK IBUBAPA

CARA IBU BAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN

Langkah-langkah untuk mendapatkan ID Yes dan kata laluan adalah seperti berikut:

Langkah 1
Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1BestariNet




Langkah 2
Klik Retrieve my 1BestariNet Yes ID.


Langkah 3
Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Kemudian klik cari (search).


Langkah 4
ID Yes akan dipaparkan.
Kemudian masukkan nombor telefon dan alamat emel.
Seterusnya klik kemaskini (update).


Langkah 5
Sila pilih salah satu medium (SMS atau emel) untuk mendapatkan kata laluan.
Kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel, bergantung kepada pilihan pengguna.


* Sekiranya ibu bapa/penjaga telah mengikuti langkah-langkah berikut tetapi tidak 
memperolehi ID Yes, tertera "ID 1BestariNet Ibu Bapa gagal ditemui"
 (1BestariNet Parent not found)sila emelkan nama penuh dan nombor kad pengenalan
 kepada vleadmin.WEA0239@yes.my

Tuesday 12 November 2013

PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT TINGKATAN 5

TARIKH PEMULANGAN 

KELAS  : 5 K - 25 NOVEMBER 2013  ( ISNIN )

KELAS : 5B/ 5C/ 5J - 27 NOVEMBER 2013 ( RABU)

KELAS : 5G/ 5D/5H - 2 DISEMBER 2013 ( ISNIN)

TEMPAT

DI MAKMAL SAINS 3

PERHATIAN:

** PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBALUT DAN MENGIKAT BUKU TEKS MASING-MASING. KEHILANGAN MANA-MANA BUKU AKAN DIKENAKAN DENDA SAMA ADA BAYARAN MENGIKUT HARGA BUKU ATAU GANTIAN BUKU TERSEBUT.

** PELAJAR PERLU MENANDATANGANI BORANG G DAN MENGISI BORANG PEMULANGAN BUKU TINGKATAN 5 SEMASA PROSES PEMULANGAN BUKU.

KERJASAMA AMAT DIHARGAI
SPBT SMKBJ

GOTONG ROYONG PERDANA 2013