widgets

Thursday 31 January 2013

GOTONG ROYONG SMKBJ 2013

Pada hari ini telah diadakan gotong royong  bagi membersihkan dan menceriakan kelas-kelas di SMKBJ. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang bertungkus lumus menjayakan program ini.



Para pelajar  sedang sibuk mengecat kelas masing-masing









Tuesday 22 January 2013

PROGRAM MEGAH BICARA


Program ini diadakan pada setiap hari selasa dan khamis semasa perhimpunan pagi setiap minggu dimana setiap tingkatan diwajibkan untuk menghantar wakil bagi menyampaikan informasi tentang apa saja tajuk yang bermanafaat kepada para pelajar. Pada hari selasa pelajar akan menyampaikan informasi menggunakan Bahasa Melayu sementara pada hari khamis pelajar akan menyampaikan informasi menggunakan Bahasa Inggeris. Objektif program ini adalah untuk memberi keyakinan kepada pelajar apabila berbicara di khalayak ramai. 


Program megah bicara memupuk keyakinan diri pelajar

Pelajar menerima tunjuk ajar dari guru sebelum memulakan sesi megah bicara


Para pelajar tekun mendengar 

Deanna Amani dari tingkatan 5C menyampaikan megah bicara pada minggu ini 

Monday 21 January 2013

GURU BERTUGAS MINGGU KE-4

PN HARAZA BT CHE ISHAK
PUAN NIK APIZAH BT DAUD

PUAN WONG CHIA YIK

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-4

Pada minggu ini, perhimpunan rasmi dijalankan seperti biasa dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan juga Lagu Sekolah. Seterusnya diikuti dengan bacaan ikrar dan bacaan doa oleh pengawas yangbertugas. Pengawas bertugas kemudian menjemput guru bertugas pada minggu lepas iaitu puan Nur Azlin untuk memberikan laporan sepanjang tempoh beliau bertugas. Puan Nur Azlin mengingatkan pelajar supaya menceriakan kelas dan menjaga kebersihan kelas sepanjang masa. Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan ucapan dari guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Puan Nik Apizah Bt Daud.

Perhimpunan pada minggu ini disempurnakan oleh ucapan pengetua SMKBJ iaitu Puan Hajah Habshah Bt Abdul Kudus. Pengetua mengingatkan para pelajar tentang pentingnya sarapan pagi dan juga perkongsian ilmu mengenai  SISTEM PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH iaitu bagaimana sesebuah sekolah digredkan. Sekolah digredkan melalui:

1) PEPERIKSAAN AWAM - Dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan. Contohnya peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dinilai melalui Gred Purata Sekolah. Semakin kecil gred purata semakin baik.

2) STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ( SKPM) - Diarahkan oleh Jemaah Nazir. Penilaian secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang terdapat disekolah. Keputusan mengikut Band.

3)  SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) - Di jalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan yang menilai aspek penggunaan ICT disekolah. 
           

Pengawas bertugas pada minggu ini memberikan arahan kepada para pelajar

Ketua dan Penolong Ketua Pengawas SMKBJ 2013

Laporan dari guru bertugas pada minggu lepas Pn Nur Azlin

Barisan Pentadbir SMKBJ 2013

Pelajar memberikan perhatian kepada  ucapan guru

Barisan guru SMKBJ 

Guru Bertugas pada minggu ini Puan Nik Apizah

Pelajar mencatat pengumuman yang diberikan oleh para guru



Ucapan dari Pengetua SMKBJ


Setelah perhimpunan rasmi berakhir, guru-guru kelas diminta untuk menyemak kekemasan diri pelajar
oleh Pn Hoo Lai Lai



Para guru memastikan pelajar berpakaian mengikut disiplin

Add caption




Pengawas bertugas menulis nama pelajar yang melakukan kesalahan disiplin



Wednesday 16 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Pada hari ini 16 Januari 2013 telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100.00 kepada murid-murid tingkatan 1 dan peralihan. Majlis ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Azami bin Mohammad, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Seramai 20 orang pelajar telah  dipilih untuk menerima  wang bantuan RM 100 dari Encik Azami bin Mohamad sebagai simbolik bantuan awal persekolahan yang bakal diterima oleh semua murid-murid warganegara malaysia pada tahun ini. Tahniah dan syabas pihak sekolah ucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. 

Persiapan tempat sebelum majlis bermula

Para pelajar membantu guru menyediakan tempat



Kawasan parkir  ibubapa


Sesi pendaftaran Ibubapa bermula










Pelajar tingkatan 1 mengambil tempat sebelum majlis bermula

Para Ibubapa menjawab soal selidik dari PIBG SMKBJ




Yang diraikan VIP Majlis Tuan Haji Azami bin Muhammad






Ucapan alu- aluan daripada pengerusi majlis Pn Norani Bt Mohamed

Bacaan Doa Oleh Encik Rozali

Ucapan perasmian oleh  En Azami Bin Muhammad  Naib Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak




Pengetua SMKBJ Puan Habshah Bt Abdul Kudus dan tetamu jemputan

Guru sedang mengedarkan makanan kepada Ibu Bapa dan pelajar




Majlis penyampaian wang bantuan persekolahan RM 100 kepada 20  orang pelajar bermula sebagai simbolik

Terima Kasih kepada Kerajaan Malaysia

















Sesi bergambar dengan VIP jemputan


Wang diagihkan kepada semua pelajar tingkatan peralihan dan 1 pada hari ini