widgets

Thursday 5 July 2012

UJIAN BULANAN 2

Dimaklumkan bahawa  SMKBJ  akan menjalankan Ujian Bulanan Kedua  bertarikh 9hb hingga 13hb Julai  2012 ( Isnin, Rabu dan Jumaat) .Di harap semua pelajar dapat membuat persediaan bagi menghadapi ujian bulanan tersebut.Harap maklum.



Wednesday 4 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia akan diadakan pada;

Hari         : 10 Julai 2012 ( Selasa)

Masa        : 7.30 pagi - 9.00 pagi

Tempat    : Dataran SMKBJ


Semua pelajar akan terlibat dalam Senamrobik ini.Harap maklum.




SEKITAR MAJLIS SUKAN TAHUNAN SMKBJ


Pada 30 Jun 2012 hari Sabtu yang lalu, SMK BUKIT JALIL telah mengadakan Sukan Tahunan Sekolah Kali ke- 10 . Segala persiapan diatur rapi oleh semua pihak terutama pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan semestinya pelajar-pelajar.

Malah persiapan raptai sukan juga disempurnakan dengan jayanya. Semangat pelajar dan guru-guru yang saling membantu dan bekerjasama untuk  melatih pelajar berkawad sangat dihargai, malah tema setiap rumah juga unik dan menarik. Tahniah diucapkan.

Acara Sukan Tahunan Ke-10 SMKBJ  ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YDP PIBG  iaitu En Nanthakumar selaku perasmi  bagi merasmikan sukan tahunan ini. Pelbagai acara dijalankan seperti acara 100m, 200 m, pasukan sorak  dan sebagainya.Pelajar-pelajar telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen bagi memenangi setiap acara yang dipertandingankan. Bagi tahun ini rumah sukan yang menjuarai kejohanan sukan ialah Rumah Belatuk(biru) diikuti dengan naik johan iaitu rumah Helang ( Hijau)

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Guru-guru, pibg, pelajar-pelajar dan ibubapa yang turut hadir untuk memeriahkan majlis sukan tahunan smkbj bagi tahun ini.




Perbarisan Rumah Sukan

Maskot Rumah Belatuk..Avatar

Johan Kejohanan sukan 2012- rumah Biru

Johan Pasukan Sorak 2012

GURU BERTUGAS PADA 2 HINGGA 7 JULAI 2012

Pada Minggu ini ( 2 hingga 7 julai 2012)  guru yang bertugas ialah;

1) Puan Noraida Bt Md Idrus
2) Puan Zakiah  Bt Mat Nawi

Pelajar-pelajar yang mempunyai sebarang masaalah bolehlah berjumpa dengan guru-guru  ini.
Harap maklum