widgets

Wednesday 31 July 2013

MAJLIS AMBANG MERDEKA 2013 ANJURAN PANITIA SEJARAH


Majlis Ambang Merdeka yang setiap tahun disambut oleh seluruh warga sekolah di seluruh negara menggambarkan kecintaan yang tidak berbelah bahagi rakyat di negara ini terhadap negara yang kita cintai. Diantara objektif majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan seluruh warga sekolah. 

Banner yang direka khas untuk majlis pada pagi ini

Pengerusi majlis pada majlis ini Saudari Nur Atiqah dari tingkatan 5 Cemerlang
























Monday 29 July 2013

GURU BERTUGAS MINGGU 29/7/2013 HINGGA 2/8.2013

PN SHAHIDATUL IZAM 

PN INTAN NURAIRAH
PN HUZNI BT ABDUL GHANI

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-28

Guru bertugas pada minggu lepas Pn Nor Fazlin sedang memberikan laporan keseluruhan sepanjang beliau bertugas

Pemenang Kelas terbersih pada minggu lepas Tingkatan 2B- kategori menengah bawah
Tingkatan 5H- merupakan pemenang bagi kelas terbersih bagi kategori menengah atas

Majlis diteruskan dengan  program Megah Bicara yang dijayakan oleh Mohd Muntadza Bin Adnan dari tingkatan 2B yang berkongsi info mengenai  BULAN RAMADHAN 

Guru bertugas pada minggu ini Pn Shahidatul Izam sedang memberikan ucapan dan berkongsi ilmu dengan para pelajar tentang CIRI-CIRI PELAJAR YANG TIDAK BERJAYA DALAM PELAJARAN


Majlis diteruskan dengan sambungan upacara Penyampaian PIN KHAS PENGETUA bagi kategori Cemerlang Akademik dan Cemerlang Sahsiah

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMKBJ




Pelajar-Pelajar yang menerima Anugerah PIN KHAS PENGETUA kategori CEMERLANG AKADEMIK


Antara Pelajar yang menerima Anugerah PIN KHAS PENGETUA kategori CEMERLANG SAHSIAH..tahniah
Ucapan Pengetua SMKBJ pada minggu ini berkisar tentang Peperiksaan PMR yang akan berlangsung pada minggu ini. Pelajar juga diingatkan tentang cuti perayaan, hari sukan dan peperiksaan percubaan SPM. Akhirnya Pengetua mengalu alukan penyertaan pelajar dalam program menamakan semula SMK Bukit Jalil. 

Friday 26 July 2013

PERSARAAN PUAN MOZEEYAH BINTI SETH

 
Pn Mozeeyah binti Seth telah mula bertugas pada 7 Jun 1976 dan telah berkhidmat di tujuh (7) buah sekolah.  Ini bermakna Puan Mozeeyah telah bekerja selama 37 tahun di bawah 17 orang pengetua.  Bersara pilihan pada 27 .7. 2013 dan menerima 37 buah hadiah persaraan.

Selamat Bersara, semuga berbahagia selalu.

Thursday 25 July 2013

PEPERIKSAAN TIMMS DAN PISA ( MATEMATIK DAN SAINS) BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 2

Di maklumkan peperiksaan tersebut akan diadakan  pada:

Tarikh: 30 Julai 2013

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari


 Pengenalan ringkas mengenai peperiksaan TIMS dan PISA




UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM adalah peperiksaan awam yang paling utama di Malaysia. Selain itu, terdapat juga ujian lain yang diduduki oleh pelajar di negara ini seperti TIMSS dan PISA.  TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian tentang pendidikan sesebuah negara. TIMSS dan PISA adalah satu kajian yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara. Kajian ini juga membantu negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik.

Tuesday 23 July 2013

MAJLIS ANUGERAH KHAS PIN PENGETUA

Semua sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik mahupun sahsiah. Oleh itu segala kecemerlangan yang dicapai oleh murid wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah. Majlis Anugerah Khas Pin Penetua yang diadakan pada pagi ini akan menjadi satu medium bagi sekolah meraikan murid-urid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Diantara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Cemerlang dari aspek kokurikulum, Akademik dan juga HAl Ehwal Murid. 

Pengerusi majlis pada hari ini iaitu Pn Siti Adibah

Pengetua SMKBJ telah menyampaikan Anugerah pada hari ini

Pelajar yang menerima Anugerah Pin Pengetua cemerlang kokurikulum iaitu dalam sukan badminton




Para pelajar yang menerima Anugerah Khas Pin Pengetua cemerlang kokurikulum



Pelajar-pelajar yang menerima Anugerah Khas Pin Pengetua cemerlang Sahsiah

Para pelajar yang telah menerima Anugerah Khas Pin Pengetua cemerlang Akademik