widgets

Saturday 29 December 2012

HARI ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1


Hari Orientasi pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2013 telah berlangsung pada  28 Disember 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Encik Nanthakumar. Sesi pendaftaran bermula seawal 8.00 pagi  dan berakhir pada 12.30 tengahari. Ibu bapa dan pelajar telah diberikan maklumat mengenai sekolah dan juga taklimat mengenai PBS. Warga SMKBJ mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2013.

Pendaftaran guru dan ibubapa

Taklimat oleh pihak sekolah

para ibubapa yang hadir

Ucapan dari pengetua SMKBJ

Para pelajar tingkatan 1

Taklimat ringkas 

Pengerusi majlis

Warga baru SMKBJ


Para Ibubapa yang hadir


Para pengawas membantu dalam melancarkan majlis

YDP PIBG merasmikan Hari Orientasi 2013 



Thursday 27 December 2012

MESYUARAT GURU PERTAMA 2013


Pada 27 Disember 2013, (KHAMIS ) - Warga SMK BUKIT JALIL telah mengadakan mesyuarat guru kali yang pertama bagi tahun 2013  bertempat di Bilik Mesyuarat .Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Hjh Habshah Bt Abdul Kudus Pengetua SMK Bukit Jalil. Pada hari ini juga turut diadakan Mesyuarat Kurikulum dan juga Taklimat PBS. 

Mesyuarat bermula di bilik mesyuarat SMKBJ

Barisan pentadbir sekolah


Tahniah kepada guru yang baru dilantik DG 48



Wajah ceria para guru SMKBJ

Taklimat PBS oleh Pn Maznah


Bengkel PBS 

Sesi perbincangan PBS oleh Panitia Bahasa Malayu

Bengkel PBS oleh setiap panitia



Wednesday 19 December 2012

HARI ORIENTASI TINGKATAN 1

Tarikh   : 28 Disember 2012

Masa    : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

tempat  : SMK Bukit Jalil, Kuala Lumpur

PROFIL SMKBJ 2013

ALAMAT SEKOLAH

SMK BUKIT JALIL
JALAN 3/155A, BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY RESORT
57000 BUKIT JALIL,
KUALA LUMPUR.

KOD SEKOLAH    : WEA 0239

NO TELEFON      : 03-89963191


Emel                     : smkbjkl@gmail.com


WAKTU PERSEKOLAHAN
7.15 pagi hingga 1.50 petang
WAKTU REHAT  PELAJAR
Menengah  Bawah  ( 10.10 pagi hingga 10.30 pagi)
Menengah Atas      ( 10.50 pagi hingga 11.10 pagi)
WAKTU  REHAT PEJABAT SEKOLAH
Pejabat sekolah akan ditutup semasa waktu rehat. Harap maklum.
Isnin hingga Khamis (1.00 petang hingga 2.00 petang)
Jumaat                    ( 12.15 hingga 2.45 petang)


SEKITAR MAJLIS PENGUMUMAN PMR 2012


Hari ini  19 Disember 2012 keputusan PMR 2012 telah diumumkan. Penantian para pelajar selama 3 tahun akhirnya berakhir dengan kegembiraan apabila  mereka berjaya dengan cemerlang. Keputusan PMR pada tahun ini amat memberangsangkan dengan peratus lulus adalah sebanyak 86.58 peratus . Dengan jumlah pelajar yang mendapat keseluruhan A seramai 36 orang. Sekalung tahniah pihak sekolah ucapkan kepada semua guru, pelajar dan ibubapa dan seluruh warga sekolah yang banyak membantu dalam menaikkan prestasi akademik di SMKBJ yang tercinta.

Para guru bertungkus lumus menyusun slip PMR mengikut kelas 


Para Ibubapa yang hadir 

Penuh debaran

Barisan Pentadbir bersama YDP 


Wajah penuh kegembiraan 

 Di antara pelajar cemerlang PMR 2013 

Tahniah..

Tahniah ...