widgets

Thursday 25 July 2013

PEPERIKSAAN TIMMS DAN PISA ( MATEMATIK DAN SAINS) BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 2

Di maklumkan peperiksaan tersebut akan diadakan  pada:

Tarikh: 30 Julai 2013

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari


 Pengenalan ringkas mengenai peperiksaan TIMS dan PISA




UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM adalah peperiksaan awam yang paling utama di Malaysia. Selain itu, terdapat juga ujian lain yang diduduki oleh pelajar di negara ini seperti TIMSS dan PISA.  TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian tentang pendidikan sesebuah negara. TIMSS dan PISA adalah satu kajian yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara. Kajian ini juga membantu negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik.