widgets

Wednesday 4 July 2012

SEKITAR MAJLIS SUKAN TAHUNAN SMKBJ


Pada 30 Jun 2012 hari Sabtu yang lalu, SMK BUKIT JALIL telah mengadakan Sukan Tahunan Sekolah Kali ke- 10 . Segala persiapan diatur rapi oleh semua pihak terutama pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan semestinya pelajar-pelajar.

Malah persiapan raptai sukan juga disempurnakan dengan jayanya. Semangat pelajar dan guru-guru yang saling membantu dan bekerjasama untuk  melatih pelajar berkawad sangat dihargai, malah tema setiap rumah juga unik dan menarik. Tahniah diucapkan.

Acara Sukan Tahunan Ke-10 SMKBJ  ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YDP PIBG  iaitu En Nanthakumar selaku perasmi  bagi merasmikan sukan tahunan ini. Pelbagai acara dijalankan seperti acara 100m, 200 m, pasukan sorak  dan sebagainya.Pelajar-pelajar telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen bagi memenangi setiap acara yang dipertandingankan. Bagi tahun ini rumah sukan yang menjuarai kejohanan sukan ialah Rumah Belatuk(biru) diikuti dengan naik johan iaitu rumah Helang ( Hijau)

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Guru-guru, pibg, pelajar-pelajar dan ibubapa yang turut hadir untuk memeriahkan majlis sukan tahunan smkbj bagi tahun ini.




Perbarisan Rumah Sukan

Maskot Rumah Belatuk..Avatar

Johan Kejohanan sukan 2012- rumah Biru

Johan Pasukan Sorak 2012