Hari ini 19 Disember 2012 keputusan PMR 2012 telah diumumkan. Penantian para pelajar selama 3 tahun akhirnya berakhir dengan kegembiraan apabila mereka berjaya dengan cemerlang. Keputusan PMR pada tahun ini amat memberangsangkan dengan peratus lulus adalah sebanyak 86.58 peratus . Dengan jumlah pelajar yang mendapat keseluruhan A seramai 36 orang. Sekalung tahniah pihak sekolah ucapkan kepada semua guru, pelajar dan ibubapa dan seluruh warga sekolah yang banyak membantu dalam menaikkan prestasi akademik di SMKBJ yang tercinta.
| Para guru bertungkus lumus menyusun slip PMR mengikut kelas |




























