widgets

Friday 15 March 2013

KEJOHANAN MERENTAS TAMAN BUKIT JALIL

Pada hari ini 15 Mac 2013 lalu telah berlangsung kejohanan Merentas Taman  Peringkat SMK Bukit Jalil di Taman Bukit Jalil. Keadaan cuaca yang baik  nyata menambahkan semangat  para pelajar serta guru-guru SMKBJ memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Kejohanan ini merupakan kejohanan merentas desa kali ke-10  pernah diadakan  dan dibahagiakan kepada empat kategori iaitu Lelaki Bawah 15 (L15), Lelaki Bawah 18 (L18), Perempuan Bawah 15 (P15) dan juga Perempuan Bawah 18 (P18). Kejohanan ini diadakan adalah bagi memupuk minat kesukanan di kalangan pelajar. SMKBJ  mengucapkan syabas dan tahniah bagi pemenang untuk semua kategori. Rumah Kuning telah menjadi juara pada hari hari ini, diikuti rapat oleh rumah biru. 
Sesi perbincangan antara Encik Firdaus dan En Ng Num Thiam selaku orang kuat  kejohanan 

Sebelum kejohanan, para pelajar dikumpulkan mengikut kelas

Para guru membuat persiapan sebelum kejohanan berlangsung
Barisan PBSM sekolah
Rumah Biru


Wajah ceria para pelajar
Buku Program oleh Pn Noriza




Sesi senamrobik sebelum pelajar memulakan larian
Penuh semangat


Pelajar menunggu untuk dilepaskan mengikut kategori