widgets

Monday 22 July 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27

Majlis perhimpunan pada pagi ini berjalan dengan lancar dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lagu sekolah.  Beberapa acara penyampaian hadiah turut diadakan iaitu  Majlis penyampaian tag nama kepada Ketua dan Penolong kelas. Selepas itu acara diteruskan dengan Pemenang bagi pertandingan memakai pakaian seragam unit beruniform. Setelah itu turut disampaikan sijil penghargaan bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 yang mengikuti perkampungan ilmu di Sekolah Menengah Sains Selangor dan pemenang bagi acara treasure hunt bagi kelab LEO. Akhir sekali majlis penerimaan Anugerah Cemerlang bagi pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ketiga telah disampaikan dengan jayanya oleh Pengetua SMKBJ.


Laporan dari guru bertugas pada minggu lepas iaitu En Subrmaniam

Pemenang kelas terbersih menengah bawah Tingkatan 1Harapan

Pemenang kelas terbersih menengah atas Tingkatan 5Bestari

Guru Bertugas pada minggu ini Cik Wan Sulaiha sedang menyampaikan ucapan 

Pn Siti Adibah- Pengerusi majlis bagi majlis penyampaian hadiah pada hari ini

Pemenang pertandingan pemakaian pakaian seragam unit beruniform terbanyak menengah bawah dimenangi Tingkatan 2B, hadiah disampaikan oleh PK Tadbir dan Kurikulum Pn Maznah

Kadet Remaja Sekolah memenangi hadiah sebanyak RM 50.00 bagi kategori unit beruniform