widgets

Tuesday, 15 January 2013

ANUGERAH DAN KEJAYAAN DITERIMA SMKBJ

SMK Bukit Jalil telah pun menerima 2 Anugerah Kemerlangan PMR 2012  di peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Anugerah pertama yang diterima ialah Peratus Cemerlang A Tertinggi Kategori Sekolah Harian , Tempat Kedua. Anugerah Kedua pula ialah SEKOLAH HARAPAN , Kategori Sekolah Harian. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMKBJ atas pencapaian yang cemerlang ini. 

SMKBJ di dalam Akhbar Berita Harian... Tahniah 
Pengetua mengumumkan pencapaian cemerlang sekolah dalam PMR 2012



Monday, 14 January 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-3

 Murid-murid bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan juga Lagu Sekolah

Para guru SMKBJ

Penuh semangat..tahniah


Bacaan Doa oleh pengawas bertugas

Seterusnya acara bacaan Ikrar pelajar

Pengawas bertugas 

Laporan dari guru yang bertugas pada minggu lepas, Pn Chin Lih Juan

Ucapan dari guru yang bertugas pada minggu ini Pn Fadsilah Bt Othman

Guru Bertugas kedua: Encik Saravanan 

Pengawas yang bertugas menjaga PA sistem sekolah

Pengawas yang bertugas pada miinggu ke-3


Ucapan dari Pengetua SMKBJ 
Pengetua mengumumkan Majlis Pemberian Wang Bantuan RM 100 kepada pelajar akan diadakan pada 16 jan 2013 dan juga berkongsi  info tentang Melindungi Masa Instruksional kepada guru-guru dan pelajar SMKBJ



Guru Bertugas 3: Pn Nur Azlin

Pengawas memeriksa kekemasan pelajar 


Saturday, 12 January 2013

SEKITAR MESYUARAT AGUNG UNIT-UNIT KOKURIKULUM 2013

Mesyuarat agung bagi Rumah sukan, Kelab Permainan, Badan beruniform dan Kelab Persatuan bagi unit kokurikulum dengan berlangsung dengan jayanya pada 7 - 10 januari 2013 pada jam 7.30 pagi hingga 8.50 pagi. Setiap unit kokurikulum telah mengadakan pemilihan AJK dan guru penasihat juga telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini. Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Tahniah kepada semua warga SMKBj.

Mesyuarat Agung rumah sukan 2013 

Guru Penasihat memberikan taklimat kepada pelajar

sesi pemilihan AJK tertinggi

Pelajar memberikan sokongan padu..tahniah



AJK tertinggi rumah sukan/kelab dan permainan telah berjaya dipilih


Kerjasama dari semua warga SMKBJ memastikan program sekolah ini berjalan lancar.

SELAMAT DATANG KEPADA GURU-GURU BARU

Baru-baru ini SMK Bukit Jalil telah menerima  dua orang guru yang baru memulakan tugas mereka di sini. Kedua-dua orang guru baru ini ialah Encik Saravanan A/L Ramiah dan Puan Nurul Amyrah Rifhan Bt Ahmad Zaini. Puan Nurul Amyrah Rifhan Bt Ahmad Zaini mempunyai ijazah pendidikan dari Universiti pendidikan Sultan Idris. Sebelum ini pernah bertugas di SMK Limbanak, Penampang Sabah. Merupakan guru bagi subjek pendidikan moral. Encik Saravanan A/L Ramiah pula mempunyai Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris  dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang sebelum ini pernah menjadi guru di SMK Seri Saujana Kuala Lumpur. Di harapkan dengan kehadiran guru-guru baru ini akan menjadikan SMKBJ lebih cemerlang dari semua aspek.


Puan Nurul Amyrah Rifhan Bt Ahmad Zaini




Guru Bahasa Inggeris Encik Saravanan



                                                




Thursday, 10 January 2013

KOMPUTER BARU DI MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Pada 16 Disember 2012, SMKBJ telah menerima 21 komputer peribadi berjenama ACER yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Komputer ini telah diedarkan oleh Syarikat Brilliance Information Sdn Bhd yang beribu pejabat di Damansara Height. Diharap dengan adanya komputer peribadi ini akan dapat membantu guru-guru dalam proses pembelajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif.


Komputer yang diterima masih belum dipasang

Makmal komputer SMKBJ

Juruteknik dari Briliance Information sedang menulis nombor siri komputer

CPU berjenama ACER


Moniter dari ACER

Proses Pemasangan oleh juruteknik










Keadaan komputer yang telah siap dipasang dan boleh digunakan

Alhamdulillah..siap