widgets

Saturday 12 January 2013

SELAMAT DATANG KEPADA GURU-GURU BARU

Baru-baru ini SMK Bukit Jalil telah menerima  dua orang guru yang baru memulakan tugas mereka di sini. Kedua-dua orang guru baru ini ialah Encik Saravanan A/L Ramiah dan Puan Nurul Amyrah Rifhan Bt Ahmad Zaini. Puan Nurul Amyrah Rifhan Bt Ahmad Zaini mempunyai ijazah pendidikan dari Universiti pendidikan Sultan Idris. Sebelum ini pernah bertugas di SMK Limbanak, Penampang Sabah. Merupakan guru bagi subjek pendidikan moral. Encik Saravanan A/L Ramiah pula mempunyai Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris  dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang sebelum ini pernah menjadi guru di SMK Seri Saujana Kuala Lumpur. Di harapkan dengan kehadiran guru-guru baru ini akan menjadikan SMKBJ lebih cemerlang dari semua aspek.


Puan Nurul Amyrah Rifhan Bt Ahmad Zaini




Guru Bahasa Inggeris Encik Saravanan