widgets

Monday 7 January 2013

SELAMAT DATANG PENGETUA BARU SMKBJ




Pengetua SMKBJ
Puan Hajah Habshah Bt Abdul Kudus
Penantian dan teka-teki siapakah pengetua yang akan ditempatkan di SMK BUKIT JALIL kini telah terjawab sudah. Individu yang dimaksudkan ialah Puan Hajah Habshah Bt Abdul Kudus yang sebelum ini merupakan pengetua yang berkhidmat di SMK Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur . Seluruh warga SMK Bukit Jalil  mengucapkan selamat datang kepada Puan Hajah Habshah. Diharapkan dengan kehadiran beliau sebagai pengetua di sekolah ini akan menjadikan SMKBJ salah sebuah  sekolah yang cemerlang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berikut adalah serba sedikit biodata pengetua SMK Bukit Jalil. 

Nama Penuh                        : PUAN HAJAH HABSHAH BT ABDUL KUDUS
Tarikh dan Tempat Lahir   : 30 Ogos 1955  di Kuala Selangor, Selangor
Hobi                                       : Melayari Internet dan Membaca Novel
Adik Beradik                        : Anak Kedua daripada 10 adik beradik
Suami                                   : Nor Paizin bin Ibrahim ( Pengetua di SM Sains Selangor, Kuala Lumpur)
Bilangan anak                    : 3 Orang ( 2 lelaki dan 1 perempuan)
Pendidikan Awal                : SK Kampung Datuk Keramat, KL, SK Sirusaa Port Dickson 
Pendidikan Menengah     : SMK Sri Kota, Taiping, SM Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra
Pendidikan Universiti        : Universiti Sains Malaysia  Bsc Ed. ( Hons) , UPM ( Msc)
Sekolah dahulu                  : SMK Seksyen 5, Wangsa Maju Kuala Lumpur

Pandangan Pertama Terhadap SMKBJ : Merupakan sebuah sekolah yang baik kerana berjaya mendapat 2 anugerah dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. Harapan dan perubahan yang ingin dilakukan disekolah ini: Sekolah ini mencapai keputusan yang terbaik dalam PMR dan SPM diperingkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan berjaya mendapat gelaran Sekolah Bai'ah serta mempunyai kecapaian yang sangat sangat cemerlang dalam bidang ICT dimana semua guru cekap menggunakannya.