widgets

Monday 9 September 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-32

Perhimpunan pagi pada minggu ini berlangsung seperti biasa. Bertempat di dataran perhimpunan, iainya dimulakan pada jam 7.30 pagi.  Majlis dimulakan dengan Bacaan Ikrar dan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan Lagu Sekolah.Turut sama berada di Majlis ini adalah, Pengetua SMK Bukit Jalil, Pn Habshah bt Abdul Kudus dan barisan penolong kanan. Para pelajar menunjukkan semangat untuk hadir kesekolah bagi memulakan sesi persekolahan bagi minggu yang ke-32.

Bacaan doa oleh pengawas yang bertugas

para pelajar sedang membaca ikrar
Guru bertugas pada minggu lepas Pn Norazlina Bt Masbah sedang memberikan laporan beliau, antaranya teguran beliau ialah pelajar haruslah mempertingkatkan tahap kebersihan kelas 
Pemenang kelas terbersih menengah atas jatuh kepada tingkatan 5Jaya
Pemenang kelas terbersih menengah bawah jatuh kepada tingkatan 3 Cemerlang
Pemenang kelas terbersih bagi bulan OGOS dimenangi oleh tingkatan 5Jaya, Ketua kelas sedang menerima hadiah berupa piala pusingan, jam dan sijil penghargaan dari pihak sekolah. Hadiah disampaikan oleh pengetua SMKBJ

Pn Pardeep selaku guru bertugas pada minggu ini memberikan ucapan. Antara kandungan ucapan beliau ialah  perkongsian ilmu mengenai perkara yang perlu diberikan fokus dala  hidup ialah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita terima, telah terima dan akan terima. Sayangi diri, ibubapa, sekolah dan apa saja yang kita lihat. 
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil pertandingan membuat MURAL  oleh Pn Aneke
Antara pelajar yang telah memenangi pertandingan membuat MURAL






Program MEGAH BICARA Bahasa Inggeris  yang telah dijayakan oleh pelajar tingkatan 2 Cemerlang iaitu saudari NUR AMIRA  yang berkongsi maklumat tentang STRESS telah mendapat pujian dari Pengetua .Tahniah.
Ucapan dari pengetua SMK Bukit Jalil, antara kandungan ucapan pengetua pada minggu ini ialah  Ucapan tahniah kepada pelajar yang menjayakan program megah bicara iaitu saudari NUR AMIRA kerana ucapan spontan. Semua pelajar mesti tahu mengenai ITHINK dan wajib menggunakan VLE FROG. Pengetua juga memaklumkan tentang pengredan sekolah dan SMK BUkit Jalil berada dalam band 4 bagi SKPM dan 5bintang bagi SSQS. Pertandingan menamakan kelas masih belum ditentukan pemenangnya dan juga sekolah menganjurkan 1 pertandingan iaitu pertandingan mencipta bendera baru rumah sukan.