widgets

Monday 30 September 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-35


Perhimpunan pada pagi ini berjalan lancar dan dimulakan dengan acara nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu wilayah persekutuan

Seterusnya pengawas yang bertugas membacakan doa bagi memberkati majlis perhimpunan pagi pada hari ini

Tristan Lim, selaku ketua pengawas membacakan ikrar  sekolah dan ikrar pelajar

Para pelajar sedang membaca ikrar pelajar 

En Fadly selaku guru bertugas pada minggu lepas memberikan ucapan dan membuat teguran mengenai
- pelajar yang menyalahgunakan alat pemadam api
- Murid tidak membuang sampah kedalam tong sampah yang disediakan semasa waktu rehat

Kelas terbersih menengah bawah - Tingkatan 3C, hadiah disampaikan oleh guru kelas iaitu Pn Noraida
Pemenang kelas terbersih kategori menengah atas- tingkatan 5B, hadiah disampaikan oleh guru kelas iaitu pn Siti Adibah 
Ucapan guru bertugas pada minggu ini- En Firdaus
- Bermulanya minggu peperiksaan PMR iaitu pada 2 oktober 2013 iaitu rabu ini
- Pelajar diberikan tips sebelum, semasa dan selepas menduduki peperiksaan PMR kepada pelajar-pelajar
- Pelajar tingkatan 5, 4, 2 dan 1 dilarang memakai pakaian PJK semasa peperiksaan PMR berlangsung

Pn Noraida selaku Setiausaha peperiksaan PMR memberikan taklimat ringkas kepada calon PMR dan pelajar tingkatan 5 dan 2K yang kelasnya digunakan sebagai lokasi peperiksaan PMR 

Program megah bicara Bahasa Melayu dijayakan oleh pelajar tingkatan 2C yang turut berkongsi maklumat mengenai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

majlis disempurnakan dengan ucapan oleh PK HEM iaitu PN Hoo Lai Lai yang menegur pelajar mengenai disiplin pelajar sepanjang tahun